Hai, what's up guys!
Today, sis bukan nak share about recipe bby food. Tapi sis nak share cara nak bagi anak kita especially bayi dengar cakap kita.
Sis rasa semua ibu ibu yang first time jadi ibu mesti dilemma macam mana nak buat dengan baby ni asyik nak berkepit je asyik nak menangis itu ini blablabla. Pendek kata, susah betul nak paham karenah anak ni especially bayi. Bayi kot. Siapala yang faham bahasa baby😅
Kat sini sis nak share sikit macam mana sis ajar anak sis, Baby Iman how to listen to my word. Maybe dah banyak ibu ibu kat luar sana yang dah pro jaga anak ni. Tapi sis ni first time jadi ibu and sis seronok bila anak sis dengar cakap sis walaupun she's only 9 month old.
Sis guna situation baby sis ya. And sis akan apply psychology term kat sini which you alls boleh google belajar terms tu nanti. Kalau tak faham jugak nanti kita buat kelas psychology belajar sama2 🤣
Lesson 1 : Jangan datang dapur, licin nanti jatuh!
First apa yg jadi is baby Iman datang dapur dengan walker dia tu masa sis nak masak. Setiap kali dia datang sis cakap jangan datang mama tengah masak nanti adik jatuh. Setiap kali datang dia akan buat taktau kat arahan sis. Ada satu kali tu sis cakap datang la nak datang sangat nanti jatuh mama buat taktau. Kebetulan dia memang jatuh dari walker dia. And sis buat taktau ja. Bila dia sakit + mama buat taktau, terus dia tak datang dapur lagi dah lepas2 dari tu.
UCS = UCR
UCS + CS = UCR
CS = CR
JATUH MAMA TAKPEDULI = CRY
JATUH MAMA TAKPEDULI + MAMA SAID JANGAN DATANG = CRY
MAMA SAID JANGAN DATANG = CRY
So, lepas kejadian tu, bila sis masak kt dapur dia ikut blakang tp akan stop tak masuk dapur. Bila kaki dia acah2 nk cecah lantai dapur automatik sis cakap "Ha! jangan datang!" . And terus dia takjadi datang and tunggu la kat situ sorang2 sambil merengek acah2 nak cry sampai sis siap masak😂 padan muke🤣
Tapi lepas dah siap masak tu sis reward la hug dia lambung tinggi2 biar tersangkut kipas nak bagi dia happy sikit😂 Ok gurau gurau. Sambil tu sis puji2 bagi dia happy cakap baiknya anak mama dengar kata mama. Boleh je dia tersengih malu2 dia tu lepas kena puji. Ha kembang la tu. Eh budak faham ker kena puji? Eh apa pulak takfaham. Faham la sebab tu senyum hidung kembang kempis je sis tengok si baby Iman tu😏
Moral of the story, kadang kita mak mak ni kena ajar anak dengar kata even dia still baby. Jangan dilayan sangat drama menangis tanpa airmata dia tu. Kalau tak sampai bila pun takdapat nak masak. Iye idok?
Baby and me
Wednesday, 19 June 2019
Sunday, 16 June 2019
Resepi lempeng kurma bayi 9 bulan
Hai what's up guys!
Kat bawah ni ada resepi lempeng kurma untuk bayi yg dah boleh makan solid food. Mak2 yg takda idea nak masak apa kat baby uols bolehlah follow.
Kisahnya harini sis gi beli nasi lemak dpn rumah tapi sis lupa nak beli kuih untuk baby sis. She's 9 month old. So sbb takut dia bangun awal, sis cepat2 masak kt dapur benda yg paling senang and cepat untuk siap. It's lempeng kurma!
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
2 biji kurma
Sedikit minyak masak
Cara-cara:
1. Rendam kurma tanpa biji dalam 1/4 cawan air panas.
2. Gaul isi kurma yg telah direndam dengan tepung gandum dan air.
3. Sapu minyak masak pada nonstick pan.
4. Masak lempeng macam biasa.
5. Siap.

P/s; Yang hitam2 tu kurma, bukan hangit😅 Sorry ye. Sis gigit sikit nak rasa manis ke tak. (padahal lapaq)
Wednesday, 12 June 2019
Resepi jejari kentang bayi 9 bulan
Hai what's up guys!
Haa. Dah macam bro khairulaming tak 😛
Dak aih. Sis ni rakyat marhaen ja. Kat bawah ni ada resepi jejari kentang utk baby 9 month? Kalau tak pernah buat lagi, try la. Confirm mak2 pun join sekaki makan tepi anak😂
Bahan-bahan:
Sebiji kentang
2 cawan air
Mentega
Secubit lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara:
1. Potong kentang panjang2 macam french fries
2. Rebus 15minit dgn 2cawan air
3. Toskan. Biarkn sejuk sebentar.
4. Tabur lada sulah, serbuk bawang putih, tepung jagung. Biarkn sebentar.
5. Panaskan kuali. Cairkan mentega.
6. Goreng sebentar sahaja. Angkat. Siap.
P/s; sorrylah. Gambar tak semenggah. Tapi sedap ni. Tak bohong.

Subscribe to:
Posts (Atom)